PERINTIS TEKNOLOGI ANDA

Home | SENARAI HARGA | PENGENALAN | LATAR BELAKANG SYARIKAT | LATAR BELAKANG PEMILIK | PELANGGAN-PELANGGAN | PRODUK-PRODUK | BERITA TERKINI | JOM REPAIR | SUDUT AGAMA
BERITA TERKINI

monitor.jpg

duniait.jpg

MAKLUMAT....

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena terbaru ini bukan sahaja membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi - seperti remaja, pelajar, dan pekerja - malah suri rumah tidak terkecuali. Ini boleh dibuktikan apabila setiap kali pesta jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer dan telefon bimbit diadakan, orang ramai berpusu-pusu datang. Antara faktornya - produk ICT bukan lagi barangan mewah tetapi sudah menjadi keperluan yang mampu dimiliki.

Apa yang kita lihat setiap kali pameran berkonsepkan ICT diadakan, kebanyakan pengeluar memperagakan produk-produk yang berbentuk perkakasan. Namun, apa yang terselindung di sebalik perkakasan itu adalah aplikasi, perisian, atau program yang membolehkan ia berfungsi seperti yang diingini. Contohnya, tanpa sistem operasi (OS) sesebuah komputer tidak berfungsi. Ini secara tidak langsung menuntut pengguna memahirkan diri mereka menggunakan perisian berkenaan. Seiring dengan kerancakan pembuatan perkakasan, pelbagai pihak giat memajukan perisian/aplikasi, termasuk yang percuma dan yang boleh diakses menerusi internet.

Hari ini ada pelbagai jenis monitor LCD (paparan kristal cecair yang juga digelar panel rata atau skrin rata) dengan saiz berbeza. Jadi, untuk memilih model yang paling sesuai mungkin agak sukar. Selalunya, bajet anda boleh menentukan saiz dan jenis yang boleh dibeli. Meskipun harganya masih lebih mahal berbanding harga monitor CRT (untuk saiz sama), namun harganya sudah dianggap berpatutan dan diramal terus turun. Disenaraikan di bawah ini beberapa spesifikasi penting LCD dan langkah mudah untuk menilai kualitinya.

* Nisbah aspek: biasanya nisbah lebar berbanding tinggi monitor PC ialah 4:3, tetapi sesetengah paparan baru memiliki format lebih luas seperti 16:9 atau 16:10 - sesuai menonton movie dan HDTV berformat lebar. Selain itu, panel luas yang bersaiz 17 inci memiliki dimensi atau bilangan piksel menegak sama seperti panel standard 15 inci. Jadi, anda ada kira-kira 120 peratus ruang tontonan berbanding panel 15 inci. Tetapi, panel standard 17 inci ada 130 peratus ruang tontonan berbanding panel standard 15 inci.

* Nisbah kontras: merupakan antara sepesifikasi panel LCD yang selalu dimanipulasi oleh pengeluarnya. Ia adalah perbezaan dalam jumlah cahaya di antara warna putih paling cerah dan hitam paling gelap.

* Sambungan digital dan analog: Kebanyakan LCD dilengkapi input analog. Sesetengahnya mempunyai dua input dan yang hanya dilengkapi input digital sedikit sahaja. Hari ini, kebanyakan LCD melakukan tugas yang bagus dalam pertukaran isyarat. Jadi, sambungan digital tidak sepenting seperti sebelum ini.

* Luminance: ukuran kecerahan mencerminkan jumlah cahaya boleh dikeluarkan oleh panel. Luminance ini digambarkan dalam ukuran nits atau cadelas per meter persegi (cd/mē). Ukuran 200 hingga 250 nits dianggap cukup untuk kebanyakan tugas produktiviti manakala 50 nits lebih baik untuk TV dan movie.

* Kadar tindak balas piksel: ia merujuk kepada tahap kelajuan piksel untuk menukar warna, yang diukur dalam milisaat (ms). Lebih kecil ms maka lebih pantas pikselnya boleh bertukar, mengurangkan kesan bayang atau jalur yang boleh dilihat apabila imej bergerak atau bertukar. Spesifikasi yang dinyatakan vendor LCD biasanya merujuk kepada senario terbaik dan prestasi sebenarnya mungkin lebih perlahan. Tahap tindak balas 12ms - 15ms perlu untuk permainan, menonton TV dan movie tanpa kesan bayang atau jalur. Tetapi kini sudah ada LCD dengan tahap tindak balas piksel yang lebih pantas seperti 3ms.

* Mod potret/lanskap: sesetengah LCD boleh diputar supaya sisi panjangnya dalam kedudukan mendatar (mod lanskap) atau menegak (mod potret). Ciri ini mampu membantu aktiviti penerbitan, peluncuran web, dan bagi memapar lembaran elektronik yang besar. Jadi, pastikan samada ciri ini perlu atau tidak.

* Resolusi: pastikan anda selesa dengan resolusi asal (sedia ditetapkan) pada LCD sebelum membelinya. Ini penting kerana sesetengah LCD hanya memberi paparan imej yang bagus dengan resolusi asalnya.

* Sudut tontonan: struktur fizikal piksel LCD mampu menyebabkan kecerahan warna imej berubah jika ia dilihat dari sisi berbanding secara berdepan. Jadi, anda perlu menilai spesifikasi yang diberikan dan jika boleh buat pemerhatian sendiri. Biasanya sH: Lagi ciri-ciri tambahan monitor LCD

PC pelbagai media

Apabila PC biasa ditambah dengan perisian OS berunsur media, pemacu DVD, pembesar suara 5.1, skrin LCD 20 inci, kad TV, memori 1GB dan juga storan HD sebanyak yang mungkin secara automatik PC itu menjadi sebuah pusat media (Media Center). PC jenis ini menggabungkan fungsi PC berasaskan Windows XP dengan fungsi hiburan di rumah, seperti menonton TV, memainkan muzik, dan menyimpan kandungan digital, yang meliputi foto digital ahli keluarga hingga rakaman video. Meskipun kombinasi perkomputeran dengan hiburan kelihatan seperti kemajuan biasa teknologi, namun masih banyak pembuat sistem yang mengambil tindakan serupa. Pembuat PC kini muncul dengan segmen pasaran PC hiburan yang memberikan satu pilihan kepada para pengguna yangmahukan PC yang berkonsepkan media.

Bagi pengguna yang mahir membina sistem turut berpeluang membina sistem berasaskan media. Sebelum itu, anda perlulah memahami dengan jelas beberapa ciri dan komponen yang diperlukan untuk membina sistem yang baik. Sebenarnya, spesifikasi sistem yang berasaskan media agak berbeza dengan PC biasa dalam beberapa aspek – ini merangkumi jenis komponen dan perisian yang dipilih. Komponen yang paling penting ialah kad Video/TV – ia sering dikaitkan dengan kefungsian yang boleh menampilkan PC sebagai pusat media.
 
 

1.jpg

3.jpg

2.jpg

Elemen tambahan

Secara umumnya PC yang berkonsepkan pusat media boleh dibezakan dengan PC biasa yang lain kerana ia menampilkan ciri-ciri lain termasuk perisian dan peranti tambahan. Jadi disenaraikan di bawah ini beberapa contoh elemen tambahan terutamanya untuk sistem video. Jenama produk yang digunakan barangkali tidak sama. Ini tertakluk kepada pilihan pembuat atau cita rasa dan bajet individu yang hendak membina sendiri. Berikut adalah elemen tambahan yang boleh dipakejkan bersama sistem yang berkonsepkan pusat media.

* TV tuner bersepadu
* Perisian media untuk TV, DVD, VCD, pengambil video, dan PVR (Personal Video Recorder)
* Penyambungan video berbilang - VGA, NSTC, SVideo
* Fungsi kawalan jauh – bergelombang radio RF untuk mengawal TV, PVR, dan fungsi-fungsi audio.
* Video berprestasi tinggi bagi mengambil video bermutu tinggi dari sumbernya, selain menonton video.
* Senarai direktori TV percuma tempatan untuk perakaman pantas program TV menggunakan PVR.

Bagi memenuhi keperluan ini, anda boleh memilih kad berasaskan AGP 8X: ATI All-In-Wonder 9600. Ia menawarkan banyak ciri menarik bagi pusat media. Perisian yang disertakan termasuk Gemstar Guide Plus, direktori TV percuma tempatan berasaskan Internet – digunakan untuk menjadual perakaman program TV. Ia dilengkapi pengambil MPEG-2 dan ciri penyuntingan, sokongan dua monitor VGA, TV atau komponen output (menyokong HDTV,TV, Projector), dan dual-tuner yang menyokong fungsi gambar dalam gambar.

ownerpotrait.jpg