PERINTIS TEKNOLOGI ANDA

Home | SENARAI HARGA | PENGENALAN | LATAR BELAKANG SYARIKAT | LATAR BELAKANG PEMILIK | PELANGGAN-PELANGGAN | PRODUK-PRODUK | BERITA TERKINI | JOM REPAIR | SUDUT AGAMA
JOM REPAIR

task1.jpg

task2.jpg

Menangani masalah PC dengan Task Manager

Terdapat aplikasi yang membolehkan anda mengawal PC atau keluar dari situasi sukar. Misalnya, ketika sedang melayari web, PC tiba-tiba menjadi perlahan atau lumpuh. Situasi ini biasa dalam Windows tetapi ia boleh ditangani. Sistem boleh kaku disebabkan program bergelut menyempurnakan tugasnya. Jadi, perisian yang menjadi puncanya perlu diketahui untuk menolong anda keluar daripada situasi itu. Contohnya, sistem kaku ketika anda memapar fail PDF menggunakan pembacanya seperti Adobe Reader melalui pelayar web.

Apabila sistem terhenti, terus tekan kombinasi kekunci Ctrl + Alt + Del. Selalunya, pengguna PC sudah arif dengan kombinasi ini untuk menghidupkan (reset) semula PC. Tetapi dalam Windows, ia merupakan satu cara mengakses peralatan lanjutan bagi mengesan dan mengatasi masalah. Kemudahan yang sedia terdapat dalam Windows ini dinamakan Task Manager. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan aplikasi lain yang seumpamanya. Ini termasuklah utiliti percuma seperti DTaskManager yang menawarkan lebih banyak ciri.

DTaskManager boleh dimuat turun (download) di tapak web pemajunya di http://dimio.altervista.org/eng/.

Di bawah ini adalah beberapa panduan terbaik bagi mengatasi masalah biasa menggunakan Task Manager.

* Jika Word, Excel atau program pejabat lain kaku, gerakkan tetikus. Jika tetikus bergerak, ini bermakna ia mungkin sedang beroperasi melaksanakan tugas yang rumit. Cuba tekan kombinasi Ctrl + S untuk menyimpan (save) kerja anda. Jika aplikasi tidak hidup dalam beberapa minit, buka Task Manager dan tutup aplikasi yang tidak bertindak balas itu dengan mengklik kanan padanya dan memilih End Task.

* Sekiranya menu Start tidak bertindak balas, aktifkan aplikasi Task Manager dan klik pada butang New Task. Jika anda tahu nama program yang hendak dibuka itu, taipkannya dan tekan OK. Jika tidak, klik Browse dan cari program di dalam folder Program Files. Di sana sepatutnya ada folder untuk program yang mahu dibuka. Dwi klik padanya dan cari fail programnya, kemudian dwi klik bagi membukanya.

* Jika anda bimbang bahawa PC anda telah dijangkiti spyware, tutup mana-mana aplikasi yang berjalan dan buka Task Manager. Jika graf Performance atau Networking menunjukkan terdapat banyak aktiviti biarpun program lain telah dimatikan, maka PC anda mungkin terkena jangkitan spyware yang menjadi sebahagian perisian tertentu. Jadi, lakukan pengimbasan menyeluruh bagi menjejak spyware dan virus.

ownerpotrait.jpg